PERGINYA SEORANG PEJUANG PARTI
Oleh : Mohd Sabri Said
Dukacitanya dimaklumkan, hari ini dalam bulan syawal saudara kita Khamsani Mat Sohor dikhabarkan telah kembali ke rahmatullah kerana masalah kesihatan setelah beberapa hari mendapatkan rawatan di wad Hospital..."
Allahyarham juga dikatakan begitu aktif dalam Unit Amal terutama ketika melaksanakan tugasnya sebagai Pasukan Keselamatan dan Pegawai Pengiring kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang datang memberikan ceramah atau lawatan di sesuatu tempat..."
Penulis mengenali Allahyarham sejak tahun 2004 apabila melihat beliau bersama seorang Pengarah Unit Amal bernama Noorhalim Mohd Zain yang sering berada di pejabat Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Dua yang beroperasi di Kampung Guar Kepayang ketika abang Fahmi sebagai Pengarah MTD manakala penulis pula sebagai Ketua Bilik Gerakan..."
Penulis bersama Elias Ahmad dan Mohamad Abdul Rahman yang dikenali sebagai "Pak Jang Mat" ditugaskan untuk membeli baju "Vest" di Bukit Kayu Itam untuk kegunaan pasukan keselamatan MTD di bawah kepimpinan Azhar Mohd Noor atau "Mat Gemuk" bersama dengan Anuar Rejab, Pak Jang Mat, Jasni, Anuar Ishak dan ramai lagi..."
Setelah lama melihat kejayaan MTD Sungai Dua mendominasikan pasukan tersebut maka pihak Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk memberikan amanah kepada Noorhalim dan Allahyarham Sani untuk mencari beberapa lagi petugas-petugas yang cekap, berdisplin serta bijak mengatur strategi ketika berlakunya sesuatu perkara di luar jangkaan.
Kesimpulannya, apa yang dapat diperkatakan di sini ialah, Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Dua adalah pemangkin awal dalam usaha mewujudkan pasukan keselamatan parti yang dilakukan sepenuhnya oleh insan bernama Khamsani Mat Sohor sehingga tertubuhnya secara rasmi Pasukan Keselamatan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Jasa beliau amatlah besar maka marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, Amin Yarobbal Alamin..."
Penulis adalah Mohd Sabri Bin Said, beliau adalah seorang wartawan kanan suratkhabar HARAKAH di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment