Saturday, 6 August 2016
Wednesday, 27 July 2016
PERGINYA SEORANG PEJUANG PARTI
PERGINYA SEORANG PEJUANG PARTI
Oleh : Mohd Sabri Said
Dukacitanya dimaklumkan, hari ini dalam bulan syawal saudara kita Khamsani Mat Sohor dikhabarkan telah kembali ke rahmatullah kerana masalah kesihatan setelah beberapa hari mendapatkan rawatan di wad Hospital..."
Allahyarham juga dikatakan begitu aktif dalam Unit Amal terutama ketika melaksanakan tugasnya sebagai Pasukan Keselamatan dan Pegawai Pengiring kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang datang memberikan ceramah atau lawatan di sesuatu tempat..."
Penulis mengenali Allahyarham sejak tahun 2004 apabila melihat beliau bersama seorang Pengarah Unit Amal bernama Noorhalim Mohd Zain yang sering berada di pejabat Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Dua yang beroperasi di Kampung Guar Kepayang ketika abang Fahmi sebagai Pengarah MTD manakala penulis pula sebagai Ketua Bilik Gerakan..."
Penulis bersama Elias Ahmad dan Mohamad Abdul Rahman yang dikenali sebagai "Pak Jang Mat" ditugaskan untuk membeli baju "Vest" di Bukit Kayu Itam untuk kegunaan pasukan keselamatan MTD di bawah kepimpinan Azhar Mohd Noor atau "Mat Gemuk" bersama dengan Anuar Rejab, Pak Jang Mat, Jasni, Anuar Ishak dan ramai lagi..."
Setelah lama melihat kejayaan MTD Sungai Dua mendominasikan pasukan tersebut maka pihak Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk memberikan amanah kepada Noorhalim dan Allahyarham Sani untuk mencari beberapa lagi petugas-petugas yang cekap, berdisplin serta bijak mengatur strategi ketika berlakunya sesuatu perkara di luar jangkaan.
Kesimpulannya, apa yang dapat diperkatakan di sini ialah, Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Dua adalah pemangkin awal dalam usaha mewujudkan pasukan keselamatan parti yang dilakukan sepenuhnya oleh insan bernama Khamsani Mat Sohor sehingga tertubuhnya secara rasmi Pasukan Keselamatan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Jasa beliau amatlah besar maka marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, Amin Yarobbal Alamin..."
Penulis adalah Mohd Sabri Bin Said, beliau adalah seorang wartawan kanan suratkhabar HARAKAH di Pulau Pinang.
Sunday, 24 July 2016
PELUK ISLAM DI JAMUAN RAYA
PELUK ISLAM DI JAMUAN RAYA
Oleh : Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 17 Julai : Majlis Rumah terbuka Dewan Bersalin Muslimah (DBM Hospital) Taman Cermai, Permatang Pauh sayu sejenak ketika majlis mengislamkan saudara baru, Adam Lawrance Abdullah diadakan.
Majlis syahadah itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Paduka Husam Musa dengan disaksikan oleh penaung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) MyIkut Zolkiply Md Lazim, Pengerusi MyIkut, Nur Azley Stanley dan Biro Dakwah Myikut, Ustaz Abdul Malik Abdullah.
Rumah terbuka DBM Hospital itu merupakan program tahunan untuk meraikan kakitangan, pelanggan yang pernah mendapat perkhidmatan di situ selain individu dan masyarakat setempat. Berbagai juadah dihidangkan untuk hadirin seperti sate, nasi ayam, ketupat, mee dan banyak lagi.
Datuk Paduka Husam Musa ketika berucap ringkas menyifatkan NGO MyIkut sangat tekun melaksanakan tugasan dakwah. Beliau mengakui bahawa tugasan seumpama ini sukar dilakukan jika tidak mempunyai asas-asas pegangan agama yang kuat.
"Syabas NGO MyIkut kerana berani bertindak sebagai pendakwah yang serius serta tidak gentar dengan dugaan dan rintangan..." katanya.
Saudara baru, Adam Lawrance pula semasa menceritakan tentang hasratnya untuk memeluk Islam yang dikatakan telah lama dipendamkan beliau, namun selepas berkawan rapat dengan rakan-rakan Melayu, jiwanya kembali bertaut untuk mengenali Islam secara serius.
"Selepas melihat adik dan ibu saya masuk Islam timbul perasaan ingin mendekati Islam..." kata beliau.
Sementara itu Penaung NGO MyIkut, Zolkipkly Md Lazim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana meluangkan masa untuk datang ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan ini..." katanya.

PERWIRA NEGARA HARAPAN BANGSA
PERWIRA NEGARA HARAPAN BANGSA
Oleh : Mohd Sabri Said
Mohd Basir Harun, 61 adalah seorang satria yang pernah berkhidmat menabur bakti kepada negara kira-kira 41 tahun yang lalu dalam Angkatan Tentera Malaysia..."
Menurut beliau yang berasal dari Kampung Guar Kepayang, Seberang Perai Utara menceritakan, karier beliau sebagai parajurit bermula daripada tahun 1978 hingga 1980, yang pada ketika itu merupakan saat yang paling getir dalam sejarah kehidupannya apabila beliau terlibat dalam satu peristiwa besar yang dinamakan "Op Dai Musnah" yang diterjemahkan daripada bahasa Thai yang bermaksud "Gabungan Tentera Malaysia-Thailand..."
Beliau dikatakan menyertai Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) bermula daripada tahun 1975 dan bertugas di Unit 23 Melayu, Seremban, Negeri Sembilan..."
Ketika bertugas di Seremban, beliau ditukarkan ke Pusat Latihan Rekrut Port Dickson selama beberapa tahun dan kemudiannya ke Kem Tebrau, Johor Baharu dalam Unit 26 berkhidmat selama 4 tahun sebelum ditukarkan ke Unit 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Kem Sungai Ara, Pulau Pinang dan akhirnya bersara sebagai Staff Sarjan di Unit 2 Melayu dalam tahun 1995..."
Beliau kini menetap bersama keluarganya di Taman Akib dan bekerja sebagai pemandu teksi si sekitar Sungai Petani, Kedah Darul Aman..."

Saturday, 23 July 2016
SEJARAH TAPAK WARISAN GEREJA SACRED HEART OF JESUS, PAGAR TRAS
Province Wellesley History
Sejarah Seberang Perai
威省历史
வரலாறு வெல்லெஸ்லியால்
SEJARAH TAPAK WARISAN GEREJA SACRED HEART OF JESUS, PAGAR TRAS, BUKIT MERTAJAM, PROVINCE WELLESLEY, PENANG, MALAYA
http://www.warisanseberangperai.com
BUKIT MERTAJAM - Menurut cerita lisan oleh penduduk Sungai Lembu memberitahu, di sini terdapat sebuah gereja lama yang terletak kira-kira 1 kilometer dari simpang masuk Jalan Kulim yang dikatakan telah terbiar sekian lama sejak tahun 1942 di kawasan Bukit Mertajam..."
Gereja Sacred Heart of Jesus, Pagar Tras, Sungai Lembu itu adalah sebuah runtuhan bangunan lama yang dibina 133 tahun yang lalu itu dikatakan mengandungi ciri-ciri struktur yang menyerupai Katedral Notre Dame yang terletak di Paris..."
Gereja ini pada asalnya dibuat untuk masyarakat Katolik yang sebahagian besarnya adalah Cina berketurunan Hakka yang berpindah ke Pagar Tras sebagai petani..."
Gereja itu juga dikatakan telah dibina pada tahun 1882 oleh seorang paderi dari Perancis sebagai pusat ibadat di Bukit Mertajam..."
Menurut sesetengah pihak mengatakan, Misi ajaran Katolik telah ditubuhkan oleh Reverend Father Allaid dari Persatuan Misi Luar Paris (Societe des Misi Etrangeres de Paris) yang tiba 150 tahun yang lalu di Pagar Tras itu adalah sekitar tahun 1866..."
Kawasan ini dahulunya didiami oleh petani-petani berketurunan Hakka yang berhijrah ke Bukit Mertajam kerana berlakunya pergolakan di negara China yang disebabkan oleh kebuluran dan Pemberontakan..."
Selepas 60 tahun Gereja Sacred Heart of Jesus ini digunakan oleh penduduk Pagar Tras, kesemua paderi-paderi dalam gereja itu dikatakan telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Jepun dalam tahun 1942..."
Tentera Jepun yang pada ketika itu bertindak zalim dengan misi "Hang The Pope and Burn Him" (ハンギングと彼女の牧師を燃焼) itu dikatakan telah menghancurkan kebanyakkan institusi gereja di sekitar Bukit Mertajam, namun keadaannya berbeza selepas 4 tahun Jepun bermaharajalela di Malaya, di mana kawasan gereja berkenaan dikatakan telah digunakan pula oleh pihak Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai tempat pelindungan strategi militan..."
Pihak PKM dikatakan telah membina sebuah terowong sepanjang 3 kilometer dari kawasan gereja ke tokong Tangga Seribu di Bukit Mertajam..."
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945, Bukit Mertajam telah dicengkam oleh pengganas Komunis. Penduduk Pagar Tras yang tinggal dalam sekatan dan tekanan di antara tentera kerajaan dan militan komunis, maka pihak British telah membuat keputusan untuk memindahkan penduduk-penduduk kampung keluar dari Pagar Tras berpindah ke kawasan lain bertujuan untuk mengelak para penduduk membantu serta melindungi pihak komunis secara rahsia..."
Seramai 14 keluarga telah dipindahkan ke Sungai Lembu, manakala 30 keluarga lagi telah dipindahkan ke Machang Bubok dan selebihnya ditempatkan semula di tempat-tempat lain seperti Kulim, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang.
Oleh kerana arahan berpindah itu dikuatkuasakan, maka Gereja Sacred Heart telah ditinggalkan begitu saja tanpa ada sebarang aktiviti keagamaan diadakan, yang ada hanyalah 100 perkuburan Kristian yang cuma dikunjungi pada hari-hari perayaan tertentu sahaja..."
Selepas Pagar Tras ditinggalkan selama lebih 15 tahun, pihak komunis dikatakan tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan pihak British. Kawasan berkenaan telah dikepung dan pihak komunis juga tidak mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk kampung untuk terus mempertahankan Pagar Tras daripada diserang oleh tentera British..."
Maka dalam tahun 1960, kesemua militan komunis yang berada di Pagar Tras itu dikatakan telah membunuh diri beramai-ramai dengan mengantungkan diri mereka di dalam terowong berkenaan..."
Ada juga yang mengatakan tindakan membunuh diri itu disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pemimpin atasan mereka yang telah berunding dengan pihak kerajaan Malaya untuk menamatkan persengketaan dan meletakkan senjata..."
Ekoran daripada dua peristiwa hitam yang berlaku di Pagar Tras, iaitu pertama tentang pembunuhan paderi oleh tentera Jepun dan yang kedua tentang penggantungan diri beramai-ramai dalam terowong oleh militan komunis itu, maka kawasan ini dikatakan sering berlaku perkara-perkara misteri yang menganggu penduduk setempat dengan jelmaan makhluk halus seperti wanita berpakaian putih sambil mendukung bayi dan jelmaan makhluk halus berpakaian tentera yang berada dalam kawasan gereja berkenaan..."
Gereja baru Sacred Heart telah dibina di Kulim, Kedah. Di antara yang dipindahkan dari gereja lama termasuklah patung Sacred Heart of Jesus dan tingkap kaca berwarna..."
#ProvinceWellesleyHistory
#HeritageTrail
#RevealingTheHiddenTruth
Tuesday, 19 July 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)